Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum pembaca2 yg di rahmati Allah..
(ok!sila jawab seikhlas yg mungkin ye)





Alhamdulillah,bulan Ramadhan berkunjung lagi tahun nie..
bulan mulia yg di tunggu2 oleh semua
umat islam..
roza happy sangat sempena bulan mulia kali nie tau,
mana tak nyerh,rase nyerh nie lah first time 
dapat sambut dengan family secara
"full time" sepanjang diri nie bergelar
mahasiswi..
"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"
*semangat gyler kan..
kali nie ade peluang tolong mak siapkan juadah 
sahur & berbuka puasa, 
pastue, ade peluang duduk semeja dgn family
untuk menjamu selera..
*my adik jadi tukang baca doa setiap kali nak makan..:)
paling penting roza ade peluang nak 
tolong mak buat kuih raya..waaa! tak sabar ok..
*puasa pun tak sampai seminggu lagi dah pikir raya kan..=P

ok2,entry kali nie roza nak share tentang 
kelebihan bulan ramadhan nie..
jom! pakat reramai bace kelebihan bulan mulia nie
yang roza kira tak ramai yang ambil kisah 
tentang fadhilat bulan yg penuh keberkatan nie..(mungkin kot)
insyaAllah, semoga roza & pembaca yg budiman
dapat manfaatnya bersama2..ameen!


mesti korang tahu kan yg bulan Ramadhan
 ada banyak kelebihan yg tersendiri
berbanding bulan-bulan islam yg lain..:)
kat sini roza akan listkan antara kelebihan2
yg mungkin kita kurang peka sikit..insyaAllah
kat bawah nie ade beberapa hadith yg menceritakan
tentang fadhilat bulan Ramadhan utk kita hayati bersama..
*moga2 dapat keberkatan dari-Nya ye..ameen

1.Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:
"Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala 
pintu neraka dan diikat segala syaitan"-(HR Bukhari,Muslim & Nasaaei)
*MasyaAllah,seronok bukan bila kita dengar syaitan2 diikat,tapi cuba renungkan
balik kenapa masih ade manusia yg masih melakukan 
maksiat pada bulan mulia nie..nafsu bila tidak
dikawal dgn baik,macam2 hal timbul..nauzubillahiminzalik..
so,jom2 kita lawan nafsu yg membuak2 dalam diri kita nie..:)

2.Dan daripada Abu Hurairah drpd Nabi S.A.W telah bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan nescaya
akan diampuni segala dosanya yg telah lalu"-(HR Nasai'e,Ibn Majah & Baihaqi)
*eh2! cuba lihat "dosa diampunkan"..so,pe lagie ikhlaskan
diri kita semata2 kerana Allah,janganlah kita kena puasa
sebab terpaksa,rugi lah camtue..nikmat iman tak serap dalam diri kita tau..:')

3. Dan Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda 
tentang Ramadhan yg ertinya: 
"sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan & keikhlasan maka akan 
diampunkan baginya dosanya yg telah lalu"-(HR Bukhari,Muslim,Abu Daud,Nasai'e & Baihaqi)
*lihat! sekali lagie bukti dimana dosa kita akan diampunkan..subbhanAllah..:)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud:
"Solat yg difardukan kepada solat yg sebelumnya merupakan penebus apa antara
keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara
keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kpd Allah, meninggalkan sunnah & perjanjian
(dilanggar)

Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:
"Wahai Rasulullah! adapun syirik dgn Allah telah kamu tahu,maka apakah 
perjanjian dan meninggalkan sunnah?  Baginda S.A.W bersabda: 
"Adapun perjanjian maka engkau mebuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah 
kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala 
meninggalkan sunnah maka keluar daripada jamaah"-(HR Ahmad,Baihaqi & Al-Hakim)

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri 
yg akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada 
pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan 
tidak meninggikan suara"

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata:
"Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan  yang mana diri Nabi Muhammad S.A.W 
didalam kudratnya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah
pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang yg berpuasa dua kegembiraan 
yg mana dia bergembira dengan keduanya apabila dia berbuka dia bergembira dengan 
waktu berbuka dan apabila bertemu Tuhan 
dia gembira dengan puasanya"-(HR Imam Bukhari & Muslim)




ok2,di kesempatan ini roza mahu ucapkan
"Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak"
semoga kita sentiasa merebut peluang untuk meningkatkan
amal ibadah kepada-Nya,
jadikan bulan mulia ini sebagai bulan tarbiyah untuk kita semua..
mudah-mudahan ibadah kita mendapat ganjaran 
pahala yang berlipat ganda..
SubhanAllah..nikmat Ramadhan yg begitu besar sekali..
terima kasih Ya Allah..:')

No comments:

Post a Comment