Tuesday, August 2, 2011

Sahur o0o Sahur~

بسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Assalamualaikum,
*seperti biasa sila jawab ye,tak jawab dosa,
lau jawab korang sayang roza..:)
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu kembali dengan
bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..>_<
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna ye..ameen
entry sebelum nie roza ada post tentang 
kelebihan bulan Ramadhan..bagi readers yg terlepas
sila ringankan jari-jemari korang yg comey loteh tue
untuk klik link bawah nie ye..
"Marhaban Ya Ramadhan"

camne dgn puasa pada hari nie?
ok kea?
rase letih?
dahaga?
lapar?
nafsu tergugat?
Allahuakbar!silalah bertahan ye..bukankah puasa
ini menahan kita dari lapar & dahaga..hah! bukan setakat
makan & minum jewk tau,nafsu kita yg menjulang2 ke gunung tue pun
kena kawal semata2 kerana Allah..ingat ye,bulan mulia nie
kita jumpe sekali jewk dalam setahun,jadikan
bulan mulia ini sebagai Ramadhan terakhir kita,
perbanyakkan amalan ibadah,insyaAllah 'hebat' ganjaran yg
akan kita dapat kelak..trust me ok?:)
so,jangan 'curi2 tulang' nak p dapur buka peti ais..
*eh2..cam roza ada pengalaman jewk kan..=p

korang bersahur tak?
omomoomoh..tak sempat kea?
sian korang,tapi kena ingat nie ye..
Rasulullah menganjurkan umatnya bersahur kerana terdapat
keberkatan pada waktu itu..
hah,jom tengok hadis nie lau korang
tak caye..:)
Sabda Rasulullah SAW: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya
pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan"-{HR al-Bukhari}
camne skang?
masih ragu2 lagie?
so,better kita sahur ye,tapi lau betul2
dah terlajak tue,jangan lupa niat plak ye..kang niat ke mana,
puasa ke mana naty..:)
Sebenarnya,berdasarkan beberapa hadis Rasulullah SAW,hukum
makan sahur nie ialah sunat. Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris,
salah seorang drpd sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika
beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu
bersabda:
"Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah
kepada kamu, maka janganlah kamu meninggalkannya"

hah! nampak kan bertapa Rasulullah ambil berat
tentang sahur nie..:)
tapi janganlah bersahur melampau2 sangat..
tak elok,kalau ye pun nak
isi perut tue bagi kenyang bebeno..janganlah
sampai bertambah2 pinggan kat nasi tue..
elakkan buat gitu ye kengkawan..:)
tyme nak berbuka pun janganlah terlalu
membazir sangat,lau tak habis nanti..kesian kat
makanan tue kan,tak pasal2 kena campak
kat belakang..
*menangis makanan tue tau..
jom renungkan sejenak cara Rasulullah berbuka..
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab,
baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum
beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)..
subhanAllah!simple jewk kan makanan baginda..:')
*Rutab adalah buah kurma yg masak & belum dikeringkan. Tamar
pula buah kurma yg telah dikeringkan..

jangan risau lau rasa2 tak boleh tahan puasa tue,
kerana hadis riwayat al-Hakim ada menyatakan,
 Rasulullah s.a.w bersabda:
"Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur
supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari"
*psstt2x!Allah itu kan Maha Mendengar..:)

Kalau nak tau,antara hikmah disyariatkan bersahur nie ialah
untuk membezakan antara ibadah puasa orang islam
ibadah puasa orang Yahudi & Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan
puasa ahli kitab ialah makan sahur"-(HR al-Tarmizi)
SubhanAllah,indah sungguh cara hidup islam nie kan..

Bangun & berdoa pada waktu sahur nie mempunyai barakah 
yg besar & merupakan ciri2 orang yg bertaqwa..
*nak jadi orang yg bertaqwa tak?
so,silalah bangun waktu sahur ye..hehe
macam2 perkara ibadah kita boleh buat
sementara tunggu waktu sahur nie tau,,
contohnya macam berwuduk,berzikir,membaca al-quran,
solat tahajjud/witir bagi sesiapa yg belum buat..
hah! tapi ingat ye..lepas sahur jangan terus sambung 
tidur, tunggulah waktu subuh alang2 tue kan..
tak rugi mana pun..roza sendiri buat camtue..
mesti korang pun boleh punya..:)
*saling mengingati itu kan di tuntut dalam islam


^__^

okidoki,
maaf roza ade keje nak buat nie..
kita jumpe di lain entry nanti ye..insyaAllah..
salam kasih buat readers semua..
ukhuwah fillah sahabat~:)


notakasih:pssstt2x!jangan lupa sahur sebab ia merupakan
antara akhlak Rasulullah..:)
(Tiga ciri2 akhlak para rasul ialah apabila
ia mempercepatkan waktu berbuka, melewatkan waktu bersahur, 
dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam solat)

No comments:

Post a Comment