tudung bawal pun tutup 'aurat' ape.."
<3
Ye, memang anda bukan budak sekolah agama yang perlu/diwajibkan
memakai tudung labuh & segala bagai itu. Tapi ingat, tak seharusnya
dak-dak sekolah agama jewk yang perlu pakai begitu,
anda juga diwajibkan memakai tudung labuh..
labuh bagaimana itu?
persoalan itu saya biarkan anda jawab sendiri..
sebab saya pasti anda sendiri tahu jawapan itu.
Islam dah pun menggariskan panduan untuk kita semua dalam
berpakaian. Saya tak salahkan anda (wanita) di luar sana, jika
ada yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya
tentang tatacara nak berpakaian ini..justeru, coretan saya kali ini
mungkin agak berbaur sensitif & berlarian pendapat
dengan anda semua. Takpe, kita hidup ini saling memerlukan.
Saya perlukan anda dan anda juga mungkin memerlukan saya..:)
TAK SALAH nak berfesyen TAPI berfesyen lah ikut syariat
yang dah ditetapkan. Awak-awak semua nak
pakai tudung / shawl pelik-pelik pin takpa, tapi pastikan
tudung / shawl yang anda akan pakai itu
biarlah menutupi BAHAGIAN DADA anda itu.
Bak kata Ustaz Azhar Idrus
"Nok pakai hok belit-belit sampai tecekik
pong takpa, cuma pastikan ia menutupi
bahagian / bentuk dada kamu"
Mungkin ada sesetengah wanita di kalangan kita yang mungkin
tidak perasan / buat-buat tak perasan yang tudung / shawl
mereka itu 'senipis plastik beg ikan' kot.
Hangpa suma nak pakai brush liplap-liplap bagai takpa naa,
takdaq sapa nak marah, tapi ingat tatacara itu mestilah betui..:)
*Tetiba teringat tudung mak-mak yang saya pakai tyme pergi ngaji dulu..^^
Bila dah molek pakai tudung yang dah menutupi bentuk / bahagian
dada anda, pergi mengadap semula ke cermin.
Perhatikan cara pemakaian anda semula..
Agak-agaknya lah kan ada tak ketat kat mana-mana bahagian?
Cara pakai tudung dah molek, nah! tetiba baju & seluar pula
rasa macam 'bersilau' plak time kita pandang tue kan?
Makanya, seluar & baju kita tue pun haruslah longgar..
jangan pula sehingga kita menampakkan
bentuk tubuh kita buat tatapan umum..
Kesian lah buat bakal suami kita semua nanti,
orang lain dah melihat dulu sebelum mereka..:)
Seperti yang saya tulis di atas tadi:
Nak berfesyen sekali apa pun, suka hati anda lah..tapi biarlah
mengikut garis panduan yang lurus bukannya yang bengkok..^_^
Nak salahkan siapa?
Cikgu yang gagal memahamkan anak murid?
Kawan2 yang x beri support untuk pakai tudung?
Keluarga yang tidak tegur apabila decide nak free hair?
Atau diri sendiri yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari?
::tepuk dada tanya khabar IMAN kita::
Kita lihat pula situasi 2, jawapan yang diberikan
kepada sahabatnya
"Kerana dalam al-quran dah statekan 'hal' nie. Rasulullah pun
suruh kita (wanita) nie tutup dada dan jangan berlebihan dalam tabarruj.."
<3
Tujuan utama kita (wanita) ini memakai tudung labuh tak lain tak bukan
mestilah kerana kita hendak melaksanakan
perintah Allah & Rasul. Jadi, jawapan sebenar kenapa kena
pakai tudung ialah kerana perintah Allah dan rasul.
Bukan kerana memang dah diajar dari kecil,
bukan kerana mak suruh dan bukan kerana sekolah agama.
Dalam berhias pun, Rasulullah tak benarkan kita berlebih-lebih.
Cukuplah sekadar yang simple-simple saje..:)
Ada yang bertanya kepada saya,
"kenapa kau still nak pakai tudung labuh gak,
tudung biasa-biasa pun dah kira tutup aurat ape"
Ye, memang tak dinafikan jika kita pakai tudung
bawal yang biasa-biasa pun dah kira tutup aurat,
tapi bagi saya ia tak menjamin 'keselamatan' & keyakinan
untuk menutup aurat dengan sempurna itu nipis sekali.
Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah. Dia akan
bagi jika kita benar-benar inginkannya. SubhanAllah, cuba
sajalah tanya akhwat-akhwat
yang memakai tudung labuh nie, pasti jawapan mereka
hampir sama kenapa memakai tudung labuh ini..^_^
Banyak tujuan sebenarnya pabila kita memakai
tudung labuh nie selain kerana perintah Allah & Rasul itu sendiri, antaranya:
1.Pakai tudung labuh untuk mengelak fitnah.
Contohnya :Kita pergi jalan2 dengan abang / adik kita.
Biasanya kalau kita pakai pakaian biasa(jeans,t shirt,tudung indon)
pasti orang akan fikir kita jalan dgn pakwe.
Tapi kalau kita pakai tudung labuh,
jubah orang akan fikir 'jalan dgn suami dia tu/abang dia tu'..
xkan orng pakai mcm tu bercouple.
*Sedih bila ada istilah islamik couple dalam konteks islam..T_T
2.Untuk jauhkan diri daripada dosa.
Contohnya:Bila kita pakai tudung labuh,secara automatik kita akan
malu nak buat dosa.Kita akan rasa malu nak meliar mata
tengok ajnabi bile kita pakai tudung labuh.huhu
*Jadi dipersilakan akhwat-akhwatku menjaga pandangan termasuk diri ini juga.
3.Ikuti contoh orang2 alim.
SubhanAllah, pasti tenang & damai jewk bila melihat
wanita pejuang agama ini memakai tudung labuh,
menutupi apa yang sepatutnya ditutup..:)
Kita tengok orang2 alim semua pakai tudung labuh,berjubah.
Insya'Allah bile kite ikut cara orang2 alim
berpakaian, secara tak langsung kita pun dah berdakwah
untuk orang disekeliling kita &
menjadi sebahagian daripada mereka.
Insya'Allah, jika anda begitu, ganjaran pahala tersedia untuk anda..^^
4.Tujuan keselamatan
Tudung pendek ni kurang selamat.Kenapa?
Sebab bila tiup angin sikit dah terbang habis.
Maka, dengan senang lah terdedah aurat-aurat yang
tak sepatutnya TERnampak..
Kalau pakai tudung labuh tiup angin sikit terbang sikit jek....chill...*_*
>Pilihan ditangan anda<
notakasih: "Terdidik wanita, terdidik generasi yang mulia"
Salam Maal Hijrah, mulakan lembaran &
azam yang baru untuk tahun
baru ini. Doa saya sentiasa bersama anda,
buat sahabat yang bergelar
muslimah. Siapa pun anda, saya yakin
anda semua pastinya cantik.
Sekian
::Wassalam'alaik::