Saturday, November 26, 2011

"Warisan Hawa"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Jalan-Jalan cari makan,
Terserempak dengan cik siti,
Salam Maal Hijrah saya hulurkan,
Senyuman keikhlasan dari hati.

okok, tetibe mood nak berpantun datang, lame sudah
tak berpantun-pantun nie..walaupun hakikatnya
pantun saya nie boleh campak ke laut jewk..=p
Alhamdulillah, hari nie merupakan 
maal hijrah bagi umat islam..
patutlah rasa malas sangat nak join kengkawan 
pi jenjalan..hmm..subhanAllah,
syukur Allah hadirkan rasa malas itu..
ada hikmah rupanya..^_^

::perkongsian untuk hari ini::
T.U.D.U.N.G

Seperti yang kita sendiri tahu, macam-macam fesyen tudung
yang kita jumpa / pakai di zaman ini. Kalau di imbas kembali fesyen tudung 
orang-orang zaman dulu sangat 'unik' kan..
simple sangat..sure anda sume mesti pernah tengok
mak2,akak2,makcik2 korang pakai kan? :)
ada yang cerut tali, bertocang bagai, lilit2 ala tocang pastue
pin di tepi kepala..alahai, comey2 belako bila ingat balik..
teringat tyme pergi ngaji, pakai tudung just cerut ke leher jewk..^^
*okok, abaikan sekejap sebab saya nak anda semua imbas 
kembali macamane fesyen tudungzaman dulu..^^

Alhamdulillah, hari nie saya berkesempatan nak 
meng'update' blog yang nak hampir 'obsolescent' nih.. 
Layankan jap dialog antara 2 orang sahabat nie:
::Situasi 1::
A: B, nape dulu ko tak pakai tudung labuh?
B: Sebab aku bukan budak sekolah agama, pakai
tudung bawal pun tutup 'aurat' ape..(jawapan berbaur basi)

::Situasi 2::
A: B, nape sekarang ko pakai tudung labuh?
B: Kerana dalam al-quran dah statekan 'hal' nie. Rasulullah pun 
suruh kita (wanita) nie tutup dada dan jangan berlebihan
dalam tabarruj..(nie bila dah ada ilmu, harap ianya istiqomah)
.
.

Wahai nabi (muhammad) suruhlah isteri-isteri kamu, anak-anak kamu
dan wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan jilbab 
(pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka
 (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu
lebih sesuai untuk mereka dikenal 
(sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. 
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi
Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."-{Al-Ahzab:59}

-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” {An-Nur : 31}

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, 
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.”  
{Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah}.

Kita lihat kembali situasi 1, jawapan yang 
diberikan kepada sahabatnya..
"Sebab aku bukan budak sekolah agama, pakai
tudung bawal pun tutup 'aurat' ape.."
<3
 Ye, memang anda bukan budak sekolah agama yang perlu/diwajibkan 
memakai tudung labuh & segala bagai itu. Tapi ingat, tak seharusnya
dak-dak sekolah agama jewk yang perlu pakai begitu, 
anda juga diwajibkan memakai tudung labuh..
labuh bagaimana itu?
persoalan itu saya biarkan anda jawab sendiri..
sebab saya pasti anda sendiri tahu jawapan itu.
Islam dah pun menggariskan panduan untuk kita semua dalam
berpakaian. Saya tak salahkan anda (wanita) di luar sana, jika 
ada yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya
tentang tatacara nak berpakaian ini..justeru, coretan saya kali ini
mungkin agak berbaur sensitif & berlarian pendapat
dengan anda semua. Takpe, kita hidup ini saling memerlukan. 
Saya perlukan anda dan anda juga mungkin memerlukan saya..:)
TAK SALAH nak berfesyen TAPI berfesyen lah ikut syariat 
yang dah ditetapkan. Awak-awak semua nak 
pakai tudung / shawl pelik-pelik pin takpa, tapi pastikan 
tudung / shawl yang anda akan pakai itu 
biarlah menutupi BAHAGIAN DADA anda itu. 
Bak kata Ustaz Azhar Idrus 
"Nok pakai hok belit-belit sampai tecekik
pong takpa, cuma pastikan ia menutupi
bahagian / bentuk dada kamu" 
Mungkin ada sesetengah wanita di kalangan kita yang mungkin
tidak perasan / buat-buat tak perasan yang tudung / shawl 
mereka itu 'senipis plastik beg ikan' kot.
Hangpa suma nak pakai brush liplap-liplap bagai takpa naa, 
takdaq sapa nak marah, tapi ingat tatacara itu mestilah betui..:)
*Tetiba teringat tudung mak-mak yang saya pakai tyme pergi ngaji dulu..^^

 Bila dah molek pakai tudung yang dah menutupi bentuk / bahagian 
dada anda, pergi mengadap semula ke cermin. 
Perhatikan cara pemakaian anda semula..
Agak-agaknya lah kan ada tak ketat kat mana-mana bahagian?
Cara pakai tudung dah molek, nah! tetiba baju & seluar pula
rasa macam 'bersilau' plak time kita pandang tue kan?
Makanya, seluar & baju kita tue pun haruslah longgar..
jangan pula sehingga kita menampakkan 
bentuk tubuh kita buat tatapan umum..
Kesian lah buat bakal suami kita semua nanti, 
orang lain dah melihat dulu sebelum mereka..:)
Seperti yang saya tulis di atas tadi:
Nak berfesyen sekali apa pun, suka hati anda lah..tapi biarlah
mengikut garis panduan yang lurus bukannya yang bengkok..^_^

Nak salahkan siapa?
Cikgu yang gagal memahamkan anak murid?
Kawan2 yang x beri support untuk pakai tudung?
Keluarga yang tidak tegur apabila decide nak free hair?
Atau diri sendiri yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari? 

::tepuk dada tanya khabar IMAN kita::
Kita lihat pula situasi 2, jawapan yang diberikan 
kepada sahabatnya 
"Kerana dalam al-quran dah statekan 'hal' nie. Rasulullah pun 
suruh kita (wanita) nie tutup dada dan jangan berlebihan dalam tabarruj.."
 <3
 Tujuan utama kita (wanita) ini memakai tudung labuh tak lain tak bukan
mestilah kerana kita hendak melaksanakan 
perintah Allah & Rasul. Jadi, jawapan sebenar kenapa kena 
pakai tudung ialah kerana perintah Allah dan rasul.
Bukan kerana memang dah diajar dari kecil,
bukan kerana mak suruh dan bukan kerana sekolah agama. 
Dalam berhias pun, Rasulullah tak benarkan kita berlebih-lebih. 
Cukuplah sekadar yang simple-simple saje..:)
Ada yang bertanya kepada saya,
"kenapa kau still nak pakai tudung labuh gak, 
tudung biasa-biasa pun dah kira tutup aurat ape"
Ye, memang tak dinafikan jika kita pakai tudung 
bawal yang biasa-biasa pun dah kira tutup aurat, 
tapi bagi saya ia tak menjamin 'keselamatan' & keyakinan
untuk menutup aurat dengan sempurna itu nipis sekali.
Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah. Dia akan 
bagi jika kita benar-benar inginkannya. SubhanAllah, cuba 
sajalah tanya akhwat-akhwat 
yang memakai tudung labuh nie, pasti jawapan mereka
hampir sama kenapa memakai tudung labuh ini..^_^
Banyak tujuan sebenarnya pabila kita memakai 
tudung labuh nie selain kerana perintah Allah & Rasul itu sendiri, antaranya:

1.Pakai tudung labuh untuk mengelak fitnah.
Contohnya :Kita pergi jalan2 dengan abang / adik kita.
Biasanya kalau kita pakai pakaian biasa(jeans,t shirt,tudung indon)
pasti orang akan fikir kita jalan dgn pakwe.
Tapi kalau kita pakai tudung labuh,
jubah orang akan fikir 'jalan dgn suami dia tu/abang dia tu'..
xkan orng pakai mcm tu bercouple.
*Sedih bila ada istilah islamik couple dalam konteks islam..T_T

2.Untuk jauhkan diri daripada dosa.

Contohnya:Bila kita pakai tudung labuh,secara automatik kita akan 
malu nak buat dosa.Kita akan rasa malu nak meliar mata 
tengok ajnabi bile kita pakai tudung labuh.huhu
*Jadi dipersilakan akhwat-akhwatku menjaga pandangan termasuk diri ini juga.
3.Ikuti contoh orang2 alim.
SubhanAllah, pasti tenang & damai jewk bila melihat 
wanita pejuang agama ini memakai tudung labuh,
menutupi apa yang sepatutnya ditutup..:)
  Kita tengok orang2 alim semua pakai tudung labuh,berjubah.
Insya'Allah bile kite ikut cara orang2 alim 
berpakaian, secara tak langsung kita pun dah berdakwah
untuk orang disekeliling kita &
menjadi sebahagian daripada mereka.
Insya'Allah, jika anda begitu, ganjaran pahala tersedia untuk anda..^^

4.Tujuan keselamatan
Tudung pendek ni kurang selamat.Kenapa?
Sebab bila tiup angin sikit dah terbang habis.
Maka, dengan senang lah terdedah aurat-aurat yang 
tak sepatutnya TERnampak..
Kalau pakai tudung labuh tiup angin sikit terbang sikit jek....chill...*_*


>Pilihan ditangan anda<

notakasih: "Terdidik wanita, terdidik generasi yang mulia"
Salam Maal Hijrah, mulakan lembaran & 
azam yang baru untuk tahun 
baru ini. Doa saya sentiasa bersama anda,
buat sahabat yang bergelar
muslimah. Siapa pun anda, saya yakin
anda semua pastinya cantik.

Sekian

::Wassalam'alaik::

3 comments:

  1. like...
    pict tu awk lukis sendiri ke?:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukran.
    bukan sy yg lukis, google semata-mata..:)

    ReplyDelete