Monday, December 5, 2011

.::Syukur & bahagialah punya mereka::.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


"Teringat kata-kata seorang guru dulu, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa".
Kali nie, saya nak 'bawa' anda semua imbas kembali & fikir sejenak apa yang telah kita semua lakukan sepanjang usia kita yang mencecah ke'dewasa'an ini. Apa yang telah kita sumbangkan pada ibu bapa kita? Bahagiakah mereka? Kecewakah mereka? Termakan hatikah mereka? Semua itu anda boleh fikir kembali. Semua orang ada sejarah mereka masing2..pahit manis dalam sesebuah keluarga itu, anda sendiri yang rasa & lalui. Bukan semua orang yang bernasib baik..dapat keluarga yang kaya-raya dan tidak ada seorang pun yang boleh pilih mereka nak lahir dari keluarga yang ada pangkat/darjat/status kerana di bumi Allah ini kita semua sama sahaja. Sebab tue, kat bumi ini Allah jadikan keluarga yang berharta & miskin. Kerana semua itu memerlukan 'pengorbanan'. 
Dulu masa kacik-kecik, selalu mengeluh:

"Alaa..mak abah tak kaya, nak gak pakai cantik-cantik cam kawan2
adik tue"
Bila dah besar panjang, mengeluh pula:

"Alaa..napelah mak bapak aku tak jadi doktor kea, 
pensyarah kea, sekurang2nya senang gak aku belajar,
ada gak 'genetik' genius tue".

Kekadang bila tengok kawan2 yang kaya nie, terbit rasa cemburu kat hati sebab mereka punya segala-galanya. Boleh beli apa saja yang mereka nak, kuarkan duit dari purse, berkepok2 duit dalam tue..note RM50 memanjang. Dalam hati terlintas, nape aku tak jadi macam mereka? Nie tak, nak beli barang yang mahal2, nak boros sikit pun dah tak boleh..sebab kita kena simpan duit tue, tak boleh belanja sesuka hati kita. Asyik2 kena ingat 'ibu abah kat kampung takde duit nak bagi kita kat sini'. Astagfirullahal'adzim..jika ada di kalangan kita yang begini, masih sempat untuk anda berubah. Cuba anda bayangkan sebentar, kalaulah tetiba Allah 'hilangkan' ibu ayah kita kat dunia nie tanpa sempat kita minta maaf kat mereka, agak-agak apa yang anda rasa? Gembira? Sedih? Meraung? Meratap?. Pesan saya, usah menjadi terlalu sempurna di mata rakan2 anda, berlagak kaya walaupun hakikatnya anda sendiri rasa sangat 'terseksa' untuk menjayakan watak itu. Apa guna jadi 'kaya' di mata kawan-kawan, tapi ibu ayah anda yang menanggung perbuatan anda itu. Memadailah menjadi anak yang tahu erti pergorbanan kedua ibu bapa mereka..:')

Tak kiralah orang sekeliling nak kata apa tentang keluarga kita, yang penting kasih sayang ibu ayah kita tak pernah pudar dan yang penting kita juga kena rasai pengorbana mereka itu. Titipkan rasa kasih yang tak terhingga buat mereka. Jangan malu untuk mengaku yang anda bukan dari golongan berada..percayalah jauh di sudut ibu ayah kita semua, mereka bangga punya anak seperti kita. Apa guna dari golongan berada tapi background family tak seindah yang kita bayangkan. Wang bukan alat pengukur sesuatu kebahagian itu. Ya Allah, moga kita semua bukan berada dalam gologan anak derhaka. Jika pernah kita melukai hati mereka, segerakanlah niat kita untuk meminta maaf dari mereka..peluk dan ciumlah mereka sementara mereka masih bernyawa ini..


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar,
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya,
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka,
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir,
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin..

 
Jangan pernah mengeluh tentang apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. Bangun & bangkitlah..tanamkan dalam hati yang Allah adalah sebaik-baik perancang di alam semesta ini..hargailah apa yang Allah kurniakan pada kita. Masih ada masa untuk kita membalas apa yang ibu ayah kita lakukan untuk kita sehingga kita menjadi seperti 'ini'. Walaupun seluas air lautan tak mampu nak balas apa yang mereka lakukan, memadailah sekiranya kita sentiasa ingat mereka dalam doa kita & setiap apa yang kita lakukan.. Berbanggalah dengan apa yang anda ada sekarang..:')

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau kata-katanya sering mengguris hati mereka, atau yang jarang memperdulikan mereka dan mendoakan mereka. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.


.::Mak..abah, ampunkanlah dosa-dosa anakmu..::.

2 comments:

  1. bckground song awk mmg dpt tukar mood mse mmbace..terbaek..huu

    ReplyDelete
  2. ouh..ye? hehe..terima kasih..lame dh nak letak, tp ade sedikit 'masalah'..:)

    ReplyDelete