Saturday, December 31, 2011

.::365 hari / 2011::.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Perubahan musim terasa begitu cepat. Roda masa berputar dengan ligat. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Daripada seorang bayi yang kecil, kini kita berubah menjadi remaja yang 'lincah'. Yang berani menyuarakan pendapat. Daripada seorang anak muda kini sudah bergelar warga tua. Daripada rambut yang hitam kini kepalanya dipenuhi uban dan daripada seorang yang gagah kini tubuhnya menjadi semakin lemah.

Alhamdulillah, tinggal beberapa jam jewk lagi 2011 akan melabuhkan tirainya malam ini.
Segala pahit, manis, suka, duka yang kita tempuhi sepanjang tahun nie jadikan ia sebagai satu 'kenangan' dalam kamus hidup kita. Semua jalan cerita selama 365 hari ini Allah dah tentukan yang terbaik & termampu buat diri kita. So, jangan pernah menyesali setiap langkah yang kita ambil. Boleh jadi, sesuatu yang kita tidak suka itu adalah perkara terbaik Allah rancangkan untuk kita.

Setelah kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun lalu dengan segala macam kenangan pahit dan manisnya, kini muncul pula tahun baru. Adakah yang lama sudah terisi, sedangkan yang baru belum pasti? Apa pun azam kita untuk tahun akan datang jangan lupakan matlamat hidup kita di muka bumi Allah ini ye. Andai sepanjang 365 hari ini kita dicemuh, difitnah, diumpat oleh orang sekililing, maafkan saja insan-insan itu. Berikan mereka kesempatan untuk berubah menjadi insan yang lebih kenal erti syukur. Syukur dengan apa yang telah dianugerahkan kepada mereka.
Lembaran kisah 2011 banyak mengajar saya erti 'kehidupan' & kesabaran dalam menghadapi dugaan daripadaNYA. Alhamdulillah, Dia buka mata saya untuk kenal dan tahu siapa yang setia & sokong setiap apa yang saya lakukan dalam 'perjuangan' ini. Dia beri saya 'hint' siapa SAHABAT, siapa KAWAN & siapa 'MUSUH' dalam selimut. Nauzubillah. Hanya iringan doa yang terbaik buat insan-insan itu. Husnuzon (bersangka baik) terhadap apa yang diperkatakan di belakang kita walaupun perit untuk menerima. Insya'Allah. Dia sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar. Buat mereka yang sentiasa menyokong & menjadi pembakar semangat  saya sepanjang 365 hari, 2011 ini..terima kasih banyak2x. Semoga Allah membalas segala bakti yang kalian hulurkan. Moga ikatan ukhuwah kita tetap utuh selamanya. Friendship till Jannah. =)


Azam 2012? Menjadi lebih istiqomah & sentiasa syukur dengan apa yang telah dikurniakan. Insya'Allah..Maaf andai pernah terlanjur kata dalam perbualan, terhiris hati dengan diri ini..tegurlah saya sekiranya salah sebab kita sentiasa memerlukan..love YOU fillah..=)


notakasih: "Barangsiapa keadaannya pada hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa keadaannya pada hari ini sama seperti semalam, dia adalah orang yang tertipu. Barangsiapa keadaannya pada hari ini lebih teruk dari semalam, dia adalah orang yang terlaknat".

No comments:

Post a Comment