Friday, October 28, 2011

IKHLASKAH KITA??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum.
ok!
Malam nih roza rase sangat rajin.
tambah plak, cuaca malam nih
nyaman+tenang..
*oppss!bunyi dang dung..boom..boom..boom sekali sekala ada nih..
depabali punye pasal tak abis2x..
ok,
reverse balik pasal
entry kali, ekcelli roza 
nak share pasal tajuk
.
.
IKHLAS KE KITA??


Ramai di antara kita sangat suka menolong orang kan?
tapi, kena ingat gak ramai gak yang rase 
kecewa pabila pertolongan yang 
kita hulurkan itu seolah-olah tidak dihargai.
Sure punye lah, mesti dalam hati
kita akan terlintas sekelumit
perasaan nih:
"Sekurang-kurangnya, ucaplah terima kasih"
tak gitu kengkawan?
Itu antara nada kecewa ang seringkali 
kita dengar/ucap kan?
ok..ok, mungkin segelintir 
kita jewk yang akan buang jauh2 perasaan tue.
Tapi,
percayalah,
tanya diri anda,
jujur dengan hati anda..
"Betul kea, aku tak pernah ungkit soal 
pertolongan aku itu"
*pssstt2x..Allah itu Maha Mengetahui tau..:)

Banyak situasi yang berlaku dalam hidup kita
yang datang untuk menguji 
sejauh manakah 
"ikhlasnya kita".
atau ianya sekadar di bibir 
TAPI 
di dalam hati membebel panjang?
*sila jawab..sila jawab..hehe
ATAU 
kita nie memang betul-betul
ikhlas sewaktu memberi bantuan,
TAPI 
apabila bantuan yang diberi itu
tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa.

Kenapa agaknya kita rasa begitu ek?
Walhal apabila datang kawan atau saudara
yang meminta bantuan, lancar jewk mulut 
kita nie nak beri bantuan
seikhlas yang mungkin tanpa minta balasan
daripada mereka.
Kononnya, bila mereka menghulurkan
sedikit pembalasan kat kita,
sekeras-kerasnya kita 
cuba untuk menolak.
Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi.
Adakah puncanya kerana si penerima
bantuan itu benar-benar tidak mengenang budi?
ATAU 
mungkin kita yang 
TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?

Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas,
namun tidak salah kalau kita 
sama-sama fikirkan, mungkin di situ ada kebenarannya.
Ayuh, kita singkap kembali pertolongan-pertolongan 
yang mungkin sudah kita berikan kepada
sahabat atau saudara kita:

 1."Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan
mereka akan membantu apabila kita dalam kesusahan?".
.
.
2."Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa
seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua 
kebajikan yang telah kita laksanakan?"
.
.
3."Apabila kita telah menolong, adakah kita sakit hati apabila 
kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?".
.
.
4."Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita
selalu mengungkit kebaikan yang telah kita lakukan?".

Kalau semua persoalan di atas, jawapannya adalah "ADA"
mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat IKHLAS?
Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah
meminta untuk dibalas.
Setuju atau tidak dengan kenyataan ini?
Tepuk dada, tanyalah iman kita
yang senipis kulit bawang itu ye..
^_^

AYUH!!LAKUKAN SEKARANG JUGAK!

"Seutas SENYUM yang IKHLAS
&
MENCERIAKAN itu IBADAH"
jom, senyum lebar-lebar cam gini..
^_________________^
 

No comments:

Post a Comment