Saturday, January 21, 2012

Lihatlah kepadanya =)

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang mungkin meragui dengan situasi 'melihat si dia'. Islam itu INDAH, setiap permasaalahan dirungkai dengan kalimah cinta dariNya..baca sampai habis ye! ^^ 
Bagaimana Melihat dalam Bertunang?

"Eh, mak ayah kamu je lihat. Kamu tak lihat? Rugilah!"
"Malu. Lihat itu luas maksudnya. Tidak semestinya kena berdepan dua mata. Islam meraikan keadaan manusia, ada yang pemalu, ada yang berani dalam soal ini."

Bagaimana melihat yang ditunjukkan oleh sirah Rasulullah SAW dan para sahabat?
1. Ada yang melihat tanpa pengetahuan si wanita seperti seorang sahabat bernama Jabir.
2. Ada yang melihat dengan mengutus utusan. Contohnya Rasulullah mengutus Ummu Sulaim melihat seorang wanita. Baginda menyuruh Ummu Sulaim memerhatikan hujung tumit dan mencium bau badannya. (Riwayat Hakim).
3. Ada yang melihat secara berdepan, di depan wali.

Pada hari ini, melihat itu boleh juga melihat terus, biodata dan gambar, melihat facebook, menghantar mak cik atau mak ayah melihat...semua ini dikira melihat.

“Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua.” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’ie).

Sedikit petikan tentang isu MELIHAT dalam buku CINTAKU KERANA AGAMAMU, Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.


Aku membuka email sekadar untuk memberi ruang otakku berehat.
“Hah?”
Ada e-mail dari ustaz.  Bertajuk, ‘Biodata.’ Sangkaanku, ustaz akan menghubungiku semula apabila aku telah selesai menduduki peperiksaan.
“Secepat ini?”
Sukar untukku percaya. Peluh memercik di dahi. Jejari sedikit menggigil. Kelopak mata berkedip-kedip. Perasaan apakah ini? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada rakan-rakan yang berdekatan. Aku tidak mahu perkara ini disalah sangka dan menimbulkan fitnah.
            Dengan lafaz bismillah, aku membuka fail biodata yang diletakkan di dalam Microsoft word 2003.
            “Hmm, ada letter head.”
Kepimpinan Kelab Penulisan dan Kewartawanan. Terpampang sebuah biodata  seorang muslimah beserta cita-citanya yang besar. Di sudut kanan sebelah atas terdapat sekeping gambar berukuran passport. Gambar itu kelihatan di copy paste dengan bantuan scanner. Agak kabur. Sekiranya, aku terserempak dengan pemilik gambar itu di mana-mana, aku mungkin tidak dapat mengecamnya. Biarpun begitu, gambarnya menyejukkan mata.
            Aku dapat rasakan ada getaran di jiwa. Sekeping gambar samar itu bagaikan elektrik yang mengecas haba cinta. Cantik sekali pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu’bah,
“Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua.” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’ie).
Email tersebut kemudian diakhiri dengan pesanan ustaz agar aku segera beristikharah dan memberikan keputusan secepat mungkin.
            ‘Subhana-Allah!” Hatiku bertasbih.
‘Dia bukanlah seorang wanita yang sembarangan. Dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai kegiatan dakwah di kampus. Dia juga seorang pelajar cemerlang dengan keputusan akademik yang memberangsangkan sehingga layak untuk menerima anugerah dekan,’ aku menilai.
Kutatap gambarnya sekali lagi. Sekejap sahaja. Err, rasa malu. Teringat pada pesanan Nabi, “Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.” (HR Ahmad dan Azh-Zhahiri).
Aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kata-kata Jabir bin Abdullah RA,
“Saya bersembunyi di bawah pokok untuk melihatnya (dengan niat khitbah).”
Lucu betul tokoh ini. Unik. Hukum membolehkan untuk melihat gadis yang ingin dikahwini meskipun tanpa izinnya. Islam meraikan kondisi individu yang berbeza-beza. Dalam soal ini, aku tidaklah seberani Jabir. Aku rasa aku ini kategori pemalu. Jika diberi peluang untuk mengadakan majlis taaruf dengan si dia secara berdepan, aku rasa aku tidak mampu.
Salahkah perasaan maluku ini? Hmm, aku rasa tidak. Rasulullah SAW sendiri digambarkan lebih malu daripada anak dara di dalam kelubung dalam situasi-situasi tertentu. Kepada yang berani, silakan. Tiada salahnya.
Kubaca wawasan hidupnya berhati-hati. Dia ingin menjadi hamba Allah yang taat, remaja yang beradab, anak yang solehah, isteri yang disayangi, ibu yang berakal, pendidik yang bertaqwa, penulis yang tajam penanya, mujahidah yang beriman serta ingin mati syahid di jalan Allah. 
.::Sumber dari "Sebarkan Bahagia"::.-Fatimah Syarha 

No comments:

Post a Comment