Monday, February 20, 2012

Apa yang kita korbankan selama ini demi ISLAM??Fikirlah...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum
Alhamdulillah,masih diberi pinjaman nyawa oleh Allah
untuk hari nie usai kita lena tidur di malam hari..subhanAllah,
syukran ya Allah! :')
Sedikit perkongsian untuk post kali nie..
Seperti kebiasaan,usai selesai subuh roza akan baring +
termenung+imbas kembali apa yang telah roza lakukan semalam.
Samaada banyak lagha ataupun sebaliknya.
Kadang2 tue sampai terlelap semula..nauzubillah.
Lemah betul diri ini..:'(

Selepas subuh je tadi, roza baring semula..lakukan aktiviti
yang biasa roza buat..Allahuakbar!kali nie
Dia hadirkan dalam hati roza untuk 
fikir sejenak apa yang SAUDARA kita 
semua sedang lakukan di SYRIA,GAZA,AFGHANISTAN,
dan seumpamanya. Sedang elok kita lena dibuai mimpi
di bumi Malaysia nie, apa nasib saudara kita 
semua di bumi Anbiya' itu..
Ya Allah,menitis airmata bilamana Allah hadirkan perasaan itu.
Tapi bila fikir kembali,BERBALOIKAH nilai airmata
kita dengan setitis DARAH yang tumpah di sana..
Fikir kembali,
BERBALOIKAH???

Sedang elok kita di Malaysia nie bersuka ria, keluar makan, 
pergi bersiar-siar dengan teman,keluarga,
pergi kerja,solat dalam keadaan yang selesa,
beriadah dan sebagainya tetapi SAUDARA 
kita di sana tidak mampu lakukan
sepertimana kita pada hari ini......
pernahkah kita terfikir sedikit pun
dalam jiwa ini tentang mereka?
Pernah????
Mereka bertarung nyawa mempertahankan
bumi Anbiya' dari rejim ZIONIS sahabatku!!!
mereka pertaruhkan nyawa demi agama  (ISLAM)
yang suci ini sahabatku!!!
Tiada gentar dalam hati mereka untuk melawan
zionis itu,tiada rasa TAKUT untu berhadapan
dengan MUSUH-MUSUH islam itu saudaraku!!
Jihad mereka terhadap ISLAM sangat TINGGI..
kanak2 & wanita di sana menjadi mangsa
sifat tidak berprikemanusiaan itu..
Remaja2 di sana tidak seperti remaja2 di sini..
setiap saat hidup mereka tidak tenteram..
hujung senjata di kepala mereka setiap masa,
di buru, di bunuh, di seksa sesuka hati zionis itu.....
APA YANG KITA DAPAT BUAT UNTUK MEREKA???
Setiap saat adakah kita mengambil peduli
tentang perkembangan di sana??
Tepuk dada, tanya hati kta itu..:'(
JIHAD kita tidak setanding dengan JIHAD mereka disana..
mampukah kita menggantikan tempat kita untuk mereka disana...
MAMPUKAH???
apa PENGORBANAN yang telah kita 
lakukan untuk ISLAM selama hari ini??
wallahua'lam..
Setiap ujian yang mereka hadapi disana, 
Allah turunkan bukan dengan sebab suka2 tetapi ingatlah
Allah janjikan SYAHID terhadap saudara kita disana
biarpun mereka diseksa/dibunuh sesuka hati..
selangkah kaki mereka keluar dari rumah,
mereka percaya yang mereka tidak akan kembali
semula ke rumah itu..hebat bukan??
KITA??






Ya Allah...ampuni aku,aku tidak setanding 
pejuang2 islam yang terdahulu,aku tidak sehebat 
saudara2 islamku di bumi Anbiya' itu,
Aku yakin KAU lebih mengetahui isi hatiku
berbanding insan2 di luar ini....
Kurniakanlah Jannatul Firdausi
buat mereka yang bersungguh2 mempertahankan agamaMU...
Sebolehnya,akan aku cuba untuk mencontohi mereka2 itu..
Titipkan & Kuatkanlah iman dan semangat jihad buat kami di sini..
agar kami dapat mengecapi nikmat syurga itu nanti..
Wahai Ya Rabb..:'(

3 comments:

  1. :)
    slalu jgk trknangkn nsib saudara kita disana...
    berbeza dgn rakyat di negara kita...x prnah brsyukur dgn apa yg ada...idop untuk enjoy...aper nk jd pn xtawlh..tolak tepi dulu...
    yg pnting adalah diri kita...klaw dberi pluang...mari kita bantu mereka sebagai mujahid sebenar...semangat2

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan perkongsian rosa ni...
    kita kat sini masih senang lenang pun tapi tiada masa untuk beribadah walaupun kita boleh beribadah dengan penuh keselesaan..
    banyak alasan diberikan walaupun hanya untuk menunaikan solat 5 waktu sehari..
    tetapi mereka disana berebut melakukan ibadah kepadaNya dan tidak henti-henti berdoa walaupun serba kekurangan dan dikelilingi dengan darah daging manusia yang terkorban

    Waaluhalam...

    ReplyDelete
  3. :)..betul2x..setuju dgn pndapat kalian..tq sbb bg pndapat ye..sama2 ambil ibrahnya..:)

    ReplyDelete